ADVERTISE WITH SYARIFAH HAFSAH

Wednesday, July 23, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014






Wishing everybody
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Will be coming back in action shortly. 



Kenapa you tak pergi selawat perdana?

Suatu hari, sewaktu saya di rumah duduk2 dan menghubungi kawan saya kat WhatsApp, lepas tu saya pass dia satu lagu. 

"Ni lagu I untuk hubby I. Dengar dulu, kalau minat dedicate plak kat hubby you. LOL." kata saya. 

"Maaf, I berpegang kepada music itu haram. Lalu, apa sahaja berbentuk music seperti, qasidah, dan nasyid I tak layan. Pada I, apa yang sunnah I buat apa yang tidak sunnah I tinggalkan. I jugak tidak pergi ke selawat perdana sebab zaman Nabi tak buat semua tu."


Saya terdiam sebab terasa macam kena panah petir otak ni. Terdetik di hati, memanglah zaman Nabi, Nabi tak attend selawat perdana sebab yang berselawat kepada Nabi SAW ialah umatnya, bukan diri dia sendiri, tapi saya diamkan pandangan saya yang ni sebab saya tidak ada dalil, bukti atau sebagainya. 

"Rasulullah s.a.w. sewed. He did not bake. So why do you bake? Itu tidak sunnah. LOL. Sorry, kidding!" saya memberikan contoh kepada kawan saya sebagai satu point yang menunjukkan bahawa setiap perkara yang baik itu, selagi tidak berlanggar dengan syarak maka boleh diwujudkan di dalam kehidupan harian sungguhpun mengamalkan sunnah itu lebih baik. 

"I don't make joke on Rasulullah s.a.w. I'm very afraid of this." pada jawapan ini saya tahu, bahawa kawan saya sedang memberi amaran kepada saya, tetapi saya tenang dulu sebab tengah tengok dia ...typing... "What I meant about sunnah is in my ibadah sahaja not on other things." dia membidas. 

Lalu saya menjawab, "Dalam hidup kita seharian itu semuanya ibadah apabila ianya adalah kebaikan. So, why do you speak as if you are classifying ibadah into smaller portion of your life sahaja?"

Saya lupa jawapan kawan saya, tapi lebih kurang dia menjawab, " itu setakat pengetahuan I yang cetek sahaja." 

Baiklah, kita ambil beberapa hadith dan surah untuk bercerita bab ni ye. Semoga kita semua kaji balik semula hidup kita dan pahami apa yang kita lakukan. Tujuan menulis perkara ni pun sebab saya banyak point yang saya rasa saya lebih faham mengenai story saya dengan kawan saya ni, tapi saya memang banyak mengelak dari berbincang atau sharing of info dengan kawan-kawan mengenai agama kecuali pada apa yang saya faham dan saya boleh buktikan hujah saya dengan hadis yang saya sendiri tahu kebenarannya ataupun surah Al-Quran yang mana tiada keraguaannya atau saya sendiri akan diam walaupun saya tahu orang tu punya point baru untuk saya (maknanya saya tak pernah dengar sebelum ni dan saya tak amik bulat-bulat melainkan saya study dulu then check semula dengan yang lebih arif dari saya. Pendek kata, saya tak suka berbincang pasal agama, saya takut salah). 

1)  Mulailah perbuatan yang baik dengan Bismillah, Agar kebaikan itu sempurna (Hadith Riwayat Abu Dawud). 

Di sini jelas menunjukkan, apa sahaja yang baik dan ditambah dengan nama Allah pada setiap permulaannya menjadikan kesempurnaan di dalam hidup.

2) Mengamalkan sunnah dan meninggalkan yang bukan sunnah walaupun baik. 

Ada sesetengah orang berbuat begini kerana mengatakan dengan pantas bahawa apa yang tidak sunnah itu ialah bidaah. Benar, tapi bidaah banyak cabangnya. Jadi kalau terus je cakap apa yang tidak sunnah itu adalah bidaah, dan perlu ditinggalkan serta merta, saya challenge anda untuk meninggalkan al-Quran. 

Takut, kan?! Kenapa nak takut? Sebab zaman Rasulullah s.a.w., Baginda tak baca Al-Quran sebab yang membukukan al-Quran adalah para sahabat di zaman Abu Bakar As-Siddiq bukan baginda s.a.w. Ini jelas berdasarkan: 

Telah diriwayatkan bahwa Zaid bin Tsabit berkata: “Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam wafat sedangkan Al Quran sama sekali belum dibukukan”.

Berkata Al-Khattabi: Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam belum membukukan Al Quran dalam satu mushaf karena masih menanti-nanti seandainya ada ayat-ayat yang turun memansukhkan hukum atau tilawahnya. Maka tatkala Al Quran berhenti turun setelah wafatnya Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam, Allah Mengilhamkan kepada para khulafaur Rosyidin untuk Menepati janji-Nya yang benar untuk menjamin terjaganya Al Quran bagi umat ini, ketika itu pembukuan pertama dilakukan Abu Bakar atas saran dari Umar bin Khattabradhiallahu anhum.( berdasarkan Al Itqon jilid 1 hal: 57).


 3)   - Doa masuk tandas ada tak dalam Islam? Ada.
     - Doa bersama suami isteri? Ada.
     - Doa sedang gembira? Ada.
     - Doa sedang sedih? Ada.
Itu sahaja cukuplah untuk menjawab bahawa Islam itu berbentuk syumul, iaitu menyuluruh dan melengkapi setiap aspect kehidupan. Perkara ini jelas di terangkan di dalam surah Al-An'am ayat 38 yang bermaksud :

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Itu sahaja sharing saya hari ini. Semoga kita menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai pegangan kita. Dan mohonlah selalu agar kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan akhirnya kita istiqamah di jalan tersebut sehingga mendapat khusnu khotimah. Wallahualam.

Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka engkau tidak mendaptkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya. (Al-Kahf: 17)

Book review - Letters to The White House

I took approximately one hour last nite fascinated about my new book - Letters to The White House: Dear First Lady by Dwight Young and Margaret Johnson whom actually gathered the letters from the collection of the Library of Congress and National Archives, America.

The book with foreword from Helen Thomas is just another book which makes me read from blurb to blurb. And what engaged me to this book? The writing of it. The reflection of experience encountered by these two writers has again made me the news-caster on my own couch. The writing, is simple, doesn't make you feel so much of reading a piece of an American product and also, very comprehensive.

The book contains some of the original copies of the letters and photos describe the excitement of every First Lady who made their ways into The White House. From earlier than Roosevelt, whose words I read at age 16 for my essays to the recent one, Hillary Clinton, I am all the way sank into the feeling of these ladies, who had good times in The White House, while others had a fairly - well, let me say it as peaceful slavery!

Interestingly, I also learnt about being a wife!!! LOL. Now, about being a wife always make me laugh today. I wish not to elaborate but the thought of it makes me feel as if I'm Sarah Jessica Parker or an additional role in the Sex and The  City. Okay, I'm done with feeling flattered and good at this point, but on the other hand, I also learn from this book about how to be a real wife to the 1st Person of the Country. Awww... sounds so good.

Okay, enough of telling you too much. You should read then you'll be better. Good nite.

HARI RAYA BREAK

We'll be having a short break for hari raya and all work will commence by 1st August the earliest. Till, then, I advice those who would to post their clothes to me to wait till after hari raya, just in case I am not at my place to collect your parcel. Thank you :)

Tuesday, July 22, 2014

Berkahwin utk menambah iman?

Bolehkah kita berkahwin dengan sesorang itu untuk menambah iman?

Apabila perkara ini diutarakan kepada saya satu masa dahulu, saya terdiam. Mana mungkin iman dibahagikan kepada dua hati? Hatta apabila hati manusia dipinjamkan kepada jasad yang lainpun tidak mengubah penerimanya, inikan pula iman. Ghaib dan hanya diketahui Allah.
Itu pandangan saya yang hina ni.


Lalu, saya bertanyakan kepada seorang peguam syariah, lalu dia bertanyakan kepada saya soalan yang mungkin kita terlepas pandang?

"Adakah mereka menjaga auratnya dengan sempurna?" Soal peguam tu.

"Sorang ye sorang tak."Jawab saya.

"Cukuplah itu sahaja menunjukkan fikrah yang membakar antara satu sama lain.sekiranya kita tidak menjaga perintah Allah, kita tidak akan memahami pengertian iman itu sendiri."

Keduanya saya bertanyakan kepada ibu saudara saya yang menuntut di Alexandria, Mesir.

Jawpannya tegas. "Mana boleh iman kita berpaut pada orang lain sedang keimanan itu sendiri merupakan pengakuan keesaan kepada Allah dan kebergantungan kita pada Allah dan bukan makhluk? Nauzubillah."

Langsung saya betul2 terdiam. Tegas dan yang ini sangat relevan.


Dan yang ketiga, dari ustazah saya hari ini.

"Iman suami dan isteri itu adalah seperti dua garisan yang selari. Tujuannya satu: Allah. Jadi dalam rumah tangga, masing-masing hendaklah fight untuk sentiasa memastikan garisan ini sentiasa selari kerana jika seorang sahaja yang lurus perjalanannya, tapi seorang lagi ke hulu ke hilir, nanti akan berlakulah perlanggaran antara yang berjalan lurus dan yang terhuyung-hayang ini. Perlanggaran inilah paling bahaya dan sangat merosakkan. Tetapo jika dalam perlanggaran itu, yang terjatuh mahu berganding tangan dengan yang berdiri, maka akan kuatlah pautan tersebut.Tetapi kalau yang terjatuh terus menerus duduk di situ,  akan sukarlah dia nak catch up dengan yang sedang terus berjalan tadi."

Seterusnya saya bertanyakan pula soalan yang sama kepada bekas pelajar saya yang berkelulusan tahfiz / sekolah agama/ etc tak sure tapi saya tau dia aliran agama.

Jawapan Aiman:

Aiman tak kisah!!!!!!!!!! Ahahaha. Taklah.


Jawapan Aiman: Boleh, bilamana ia meyakini dengan terbinanya sebuah perkahwinan antara dia dan insan yang dicintai mengukuhkan lagi kepercayaan, ketakwaan, pengalaman serta penghayatan di dalam melakukan sebarang amalan yang berunsurkan keagamaan, bilamana perkara ini DILAKUKAN BERSAMA-SAMA, maka boleh dikatakan HARUS kerana ini menambahkan rasa yakin, taat dan iman yang disertai takwa dan rasa percaya kepadaNya kerana perkahwinan mempunyai sakinah, ketenangan. 

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pemesongan terhadap hal ini, iaitu, pada asalnya untuk menambah iman, namun akhirnya dianaiaya seperti ibadat salah seorang daripadanya diperlekehkan, sebagai contoh: tiba-tiba taknak ke masjid, tidak memberi ruang untuk menyimpan wang nak ke haji dan umrah, tak boleh bangun tahajud, atau apa sahaja yang menunjukkan niat asal iaitu untuk menambah keimanan tidak dilaksanakan seperti yang telah diijtihadkan, diikrarkan sama ada secara zahir atau persendirian, maka salah lah jawabnya, malah membawa pula kepada hukum HARAM kerana melibatkan perkara berikatan ibadah. 

Ibadah bukanlah satu media yang boleh disenda-guraukan, bukan satu platform untuk meraih kepercayaan lalu diambil kesempatan atas kepercayaan yang telah dilafazkan. Perkara pengkhianatan begini juga tersabit dgn aspek keadilan, kesaksamaan yang sepatutnya wujud sebagai teras di dalam setiap perhubungan. Islam memandang tegas dan serious dalam bab penganaiyaan agama seperti ini apatah lagi ianya melibatkan perkahwinan, melibatkan hati dan perasaan 2 insan, yang mana kalau dibiarkan boleh membawa perceraian, fitnah dan bersifat mazmumah kepada diri yang datang dalam bentuk halus tanpa disedari. 

Lebih dahsyat lagi, perkahwinan yang pada mulanya berniatkan untuk menambah iman, apabila tidak dilaksanakan seperti yang terniat meninggalkan pula percabulan dalam aspek kerohanian dan jati diri seseorang di dalam pengabdian diri kepada Tuhan. Contoh: patut bila berkahwin bertambah mulia akhlaknya, namun akibat perasaan yang tercalar menjadikan seseorang itu memberontak kepada yang menganaiya dan sudah tentulah terang-terangan merupakan sebuah kezaliman terhadap agama Islam itu sendiri. 

Dalam hal yang lain pula, seseorang yang telah berkahwin tidak sepatutnya menyandarkan imannya kepada pasangannya kerana tidak ada alasan yang membolehkan dan memungkinkan untuk tidak melakukan ibadah sedangkan ibadah itu tetap wajib ke atas setiap jiwa yang berada di dalam genggamanNya.

Contoh: 

Ali tidak boleh solat kalau Ina taknak teman dia. 
Ali tidak mahu bersolat kerana sedang bergaduh dengan isterinya. 

Saya tanya lagi Aiman yang tak kisah ni, apakah impak daripada keseluruhan hujahnya ini?

Cara terbaik ialah dengan mengubah kemungkaran yang telah dilakukan di dalam perkahwinan itu, menggunakan lidah dan nasihat, namun akhir sekali, terpulang kepada mangsa yang merasakan agamanya sedang dianaiya itu sendiri. 

Sekiranya merasakan bahawa perhubungan memerlukan masa dan pengorbanan, maka usahakanlah. Atau, meleraikan perhubungan ini kerana dibimbangi bakal turut terikut hanyut sama kerana ini berkaitan dengan soal prinsip diri, pembawaan dir sendiri dan sekiranya mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan, usahlah diteruskan kerana akan menjadi kes naya diri sendiri pula. Namun, harus juga diingatkan bahawa setiap kepahitan itu akan datang kesenangan dan perceraian itu adalah perkara halal yang sangat dibenci Allah, sehingga bergegar Arasy Allah setiap kali berlakunya perceraian. 

Wallahualam. Lebih2 nya Aiman menerangkan kepada saya jenis-jenis kemudaratan dalam agama melalui persoalan yang satu ini jugak. Saya share next time sebab giler panjang bebenor explanation Aiman. Anyway, walaupun Aiman tak kisah, teacher tetap kesah sebab teacher yang kena salin semula dan share ilmu yang sangat mantop ni. Wallahualam. syukran, ya Aiman.